SANTAU: PERANAN PERUBATAN TRADISIONAL DAN KAITANNYA DENGAN AKTA 775 Witchcraft: The Role of Traditional Medicine and Its Relationship With Act 775

Main Article Content

Ahmad Nasir Yusoff
Nik Rosniwati Ismail

Abstract

Santau ialah sejenis bahan sihir yang disediakan daripada ramuan-ramuan bagi tujuan menyakiti dan mencederakan seseorang; dipuja melaui mantera-mantera dan kaedah tertentu bagi menghadirkan jin untuk menyeksa mangsa sehingga ada yang mati perlahan-lahan dalam kesengsaraan. Boleh dikatakan santau diamalkan hampir di semua negara-negara Asia Tenggara, hanya mungkin dengan nama yang berbeza-beza; di Indonesia ia dikenali sebagai “santet”. Artikel ini bertujuan mengenal pasti kesan teknik ‘Tepuk Daun Nangka’ sebagai kaedah rawatan yang kompeten, sistematik dan komprehensif terhadap pesakit santau, dalam memenuhi keperluan Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K). Kajian kes ke atas seorang lelaki Melayu, berusia 42 tahun yang bertugas di sebuah agensi kerajaan dengan simptom terkena santau yang serius, adalah dibincangkan. Mangsa mengalami keadaan najis berwarna hitam pekat, tidur malam yang sering terganggu akibat badan tiba-tiba terasa panas dan berasa gelisah. Pada minggu ketiga, mangsa mendapati sedikit titisan darah daripada bahagian tekak, pernafasan menjadi tidak selesa, emosi terganggu sepeti kurang sabar dan mudah naik angin. Pada bulan-bulan pertama menjalani rawatan, beberapa tindak balas telah berlaku pada badan mangsa, seperti timbul ruam yang banyak. Selepas dua kali mendapatkan rawatan ‘Tepuk Daun Nangka’ (kaedah ruqyah atau doa) daripada Tuan Haji Mokhtar Kassan, mangsa mula merasakan perubahan positif pada tahap kesihatannya. Mangsa diberi minum air rebusan daun dukung anak sebagai ubat dalaman untuk menghilangkan batuk, mencuci perut, memudahkan bahan-bahan santau keluar, menambah selera makan dan bagi memulihkan tenaga. Selepas beberapa kali mendapatkan rawatan darpada Tuan Haji Mokhtar Kassan, keadaan magsa telah pulih sepenuhnya. Peningkatan tahap kesihatan yang luar biasa berlaku selepas dua kali menjalani rawatan. Selain daripada memberikan hasil positif, kaedah rawatan ‘Tepuk Daun Nangka’ sebagai Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K)

 


adalah sistematik serta mampu memulihkan kesihatan tubuh badan mangsa santau dengan segera. Impak kajian adalah untuk menyediakan satu kaedah rawatan khusus bagi mangsa santau yang sistematik dan komprehensif, serta melahirkan perawat Islam yang pakar, patuh syariah dengan mematuhi keperluan Akta 775 (Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari, 2016).

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles

References

Al-Quran Al-Karim

Abdul Rashid Mat Amin. 2019. Ancaman Sihir Terhadap Aqidah Masyarakat Islam Malaysia.

Abdul Rashid Mat Amin. 2020. Road Map Perubatan Islam Darussyifa’. Lajnah R&D Persembahan Online DS Pusat Bandar Baru Bangi 18hb Disember 2020.

Ahmad Nasir Mohd Yusof, Ratna Roshida Ab Razak, Nik Rosniwati Ismail, Muhammad Hannan Abdul Aziz & Islam AHM Shafiqul. 2021. Kajian Keperluan Perawat-Perawat Aktif Persatuan Perubatan Darussyifa' Malaysia Terhadap Pemilikan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Dalam Perawatan Ruqyah. 22: ICIS 2021: 245-328 International Conference On Contemporary Islamic Studies (ICIS2021).

Ainun Jariah. 2016. Amalan Budaya Sihir (Santau) dan Rawatan dalam Masyarakat Melayu.

Al-Bukhari, Abu Abdullah Muhammad b. Ismail. (1993). Sahih Al-Bukhari. Dar Ibnu Kathir, Jilid 3 .hlmn. 1017.

Buku Undang-Undang Malaysia, Akta 775, Akta Perubatan Tradisional Dan Komplementari 2016.

D. Haron dan K. Mokhtar. 2013. Kaedah Merawat Santau. Selangor: PTS Islamika Sdn. Bhd.

Dasar Perubatan Tradisional Dan Komplementari Kebangsaan. Bahagian Perubatan Tradisional Dan Komplementari. Kementeian Kesihatan Malaysia 2001-2003.

Haron Din, Dato’ Dr. 2011. Rawatan Penyakit Akibat Sihir, Jilid 5, Bandar Baru Bangi, Selangor: Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa’), h. 161 163.

https://islam.nu.or.id/sirah-nabawiyah/saat-nabi-muhammad-diserang-tukang-sihir-labid-bin-al-asham-oo8eP

https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/2656-irsyad-al-fatwa-249-hukum-jumpa-tukang-sihir-untuk-ubati-sihir

Khadher Ahmad, Mohd. Farhan Md Ariffin & Ishak Hj. Suliaman. 2014. Pusat Rawatan Alternatif Islam di Malaysia: Analisis terhadap Latar Belakang Pengasas dan Isu Penggunaan Jin dalam Rawatan. Jurnal Usuluddin, APIUM 40 (Julai- Disember):71 98 (Non-WoS/Non-SCOPUS)

Mahyudin Ismail. 2021. Sejarah Perundangan Berkaitan Sihir (Modul 1). Modul Pengurusan Sihir Tafriq JAI Perak.

Mahyudin Ismail. 2011. Ahli Sihir ke Tali Gantung. Kuala Lumpur: PTS Millennia Sdn. Bhd.

Mazni Nawi dan Anisah Che Ngah. 2011. Skop Kelakuan Buruk Dalam Kod Kelakuan Professional 1987: Satu Analisis Menurut Etika Perubatan Islam. Jurnal Undang Undang dan Masyarakat, 15. pp. 53-74. ISSN 1394-7729

Mohd. Farhan Md Ariffin. 2015. Pusat Perubatan Islam Alternatif Di Malaysia: Persepsi Perawat Terhadap Aplikasi Jin Dalam Rawatan. Jurnal Islam Dan Masyarakat Kontemporari. Bil.9Ainun Jariah, 2016

Mohd Sabri Nasri. 2015. Jenayah Sihir Di Malaysia: Permasalahan Dan Cadangan Perlaksanaan Undang-Undang. Jurnal UM.51-58

Muslim b. al-Hajjaj (1955), Sahih Muslim. Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi. Jilid 1. hlmn. 92.

Perubatan, Pengubatan, & Kebajikan Islam Malaysia (Darussyifa) yang ke-28 di Darussyifa Pusat di Bangi (Datuk Dr. Zulkifli Al Bakri, 23 September 2017).

Pew Research Centre. 2012. The World’s Muslims: Unity and Diversity.

Sharhan Shafie & Fakhrul Ridzha Abd. Rahman. 2010. Perubatan Islam Menangkis Kejahatan Makhluk Halus (2 ed.). Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia: Sinar Zamdurrani.

Undang-undang Kerajaan Brunei terhadap Jenayah Sihir: Seksyen 208 Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah Brunei 2013.

WHO (2013). WHO Traditional Medicine Strategy 2014-2023.

WHO (2020). ICD-11 for Mortality and Morbidity Statistics ((Version :09/2020)). [Online]. Available:https://icd.who.int/browse11/lm/en#/http://id.who.int/icd/entity/1374925 79. [Accessed: 07-Oct2020].