PENGHAYATAN DAKWAH AKHLAK DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH NEGERI PERAK Appreciation of Preaching Islamic Morality Among Secondary School Students in Perak

Main Article Content

Mohd Syaubari Bin Othman
Abu Bakar Yusuf
Hasrul Hosshan
Abdul Talib Mohamad Hashim

Abstract

Konteks pembangunan ekonomi dan politik di dalam sesebuah negara, pembinaan akhlak dalam bentuk pembangunan manusia yang seimbang dan bersepadu akan menjamin pembangunan ekonomi yang mampan serta kekuatan politik yang akan menjamin kecemerlangan negara secara berterusan. Atas kesedaran tersebut, kepentingan akhlak sebagai suatu gagasan bagi menjamin pembangunan negara yang mampan dan seimbang dinyatakan dengan jelas sebagai salah satu di antara cabaran Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025. Pada masa yang sama, pelbagai dasar, sistem, perancangan strategik dan program yang dilaksanakan dalam amalan pendidikan di negara ini memberikan gambaran yang jelas terhadap komitmen pihak kerajaan untuk melahirkan generasi rakyat Malaysia yang memiliki keperibadian yang mulia dan seimbang. Namun, status sebenar penghayatan akhlak di kalangan pelajar sekolah menengah di Negeri Perak yang telah melalui sistem pendidikan di negara ini masih menjadi tanda tanya. Dapatan dari satu kajian tinjauan menunjukkan status keseluruhan penghayatan akhlak peribadi di kalangan pelajar sekolah menengah adalah pada tahap sederhana tinggi. Dapatan ini seterusnya menggambarkan pola penghayatan yang agak sederhana dalam beberapa aspek akhlak di kalangan pelajar sekolah menengah seperti personaliti kendiri, amalan seharian dan pengetahuan mengenai akhlak. Pendekatan kaedah tinjauan ini menetapkan daerah Manjung sebagai fokus utama dengan pembahagian kepada tiga pola utama iaitu pelajar yang mengikuti KAA, pelajar Islam yang mengikuti pembelajaran di SMJK (C) dan pelajar di SMK Harian. Dapatan mungkin memberikan sedikit gambaran tentang punca kepada beberapa masalah sosial yang dihadapi dalam masyarakat kini. Beberapa prospek penyelidikan turut dicadangkan bagi meneliti dengan lebih mendalam terhadap penghayatan akhlak di kalangan pelajar sekolah menengah khususnya di Negeri Perak

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles

References

Ab. Halim Tamuri dan Zarin Ismail. (2002). Pendidikan Akhlak Dalam KBSM: Persepsi Pelajar Terhadap Konsep Akhlak. Prosiding Wacana Pendidikan Islam (Siri 1). Bangi: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, hal. 120-134.

Ahmad Amin. (1974). Kitab Al-Akhlaq. Beirut, Lubnan: Dar al-Kitab al-‘Arabiy.

Al-Attas, Syed Muhammad al-Naquib. (1978). Islam and Secularism. Kuala Lumpur: Muslim Youth Movement of Malaysia.

Al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad bin Muhammad. (Tanpa tarikh). Ihya’ Ulum al-Din. Qahirah: Maktabah Zahran.

Al-Kaysi, Marwan Ibrahim. (2000). Morals and Manners in Islam. Kuala Lumpur: Islamic Book Trust.

Darraz, Muhammad Abdullah. (1973). Dustur al-Akhlaq fi al-Qur’an. Beirut: Muassasah al-Risalah.

Gabrieli, F. (1960). Encyclophaedia of Islam (New Edition). London: Luzac & Co. Vol. I.

Jalaluddin & Usman Said. (1994). Filsafat Pendidikan Islam: Konsep dan Perkembangan Pemikirannya. Jakarta: PT RajaGrafindo Persada.8

Jamiah Hj. Manap, Azimi Hamzah, Sidek Mohd. Noah & Hasnan Kassan. (2004). Prinsip Pengukuran Religiositi dan Personaliti Religiositi daripada Perspektif Islam. Kertas kerja dibentangkan dalam International Seminar on Islamic Thought, 24-27 Disember 2004, UKM Bangi.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2002). Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam KBSM. Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pendidikan Malaysia.

M. Umar Chapra. (1998). Economic Development in Muslim Countries: a strategy for development in the light of Islamic Teachings:129-199 dalam Misbah Oreibi (Ed.). Contribution of Islamic Thought to Modern Economics. Herndon, Virginia: The International Institute of Islamic Thought.

Majid Fakhry. 91991). Ethical theories in Islam. Leiden: E.J. Brill.

Miskawaih. Ahmad Ibnu Muhammad.(1966). Tahdhib al-Akhlaq. Suntingan C.K. Zuraik. Beirut: American University of Beirut.

Mohd Kamal Hassan. (1988). Pendidikan dan Pembangunan: Satu Perspektif Bersepadu. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise

Mohd Sulaiman Haji Yasin. (1992). Akhlak Dan Tasawuf. Bangi, Selangor: Yayasan Salman.

Najati, Muhammad Uthman. (1993). Al-Hadith al-Nabawiy wa ‘Ilmu al-Nafs. Beirut: Dar al-Syuruq.

Nunally, J.C. (1978). Psychometric theory. New York: Mc Graw Hill Publication Company