SOKONGAN KOMUNITI ISLAM DALAM PEMBENTUKAN SEKOLAH SEJAHTERA BAGI MENANGANI ISU KESIHATAN MENTAL DI SEKOLAH: ANALISIS SUMBANGAN RAHMAH SUPPORT TEAM (RST)

SUPPORT OF THE ISLAMIC COMMUNITY IN FORMING PROSPEROUS SCHOOLS TO ADDRESS MENTAL HEALTH ISSUES IN SCHOOLS: AN ANALYSIS OF THE RAHMAH SUPPORT TEAM (RST) CONTRIBUTIONS

Authors

  • Fatin Nur Majdina Nordin Universiti Malaya (UM)
  • Noratirah Rambli Rahmat Support Team, Rahmat Centre Bukit Bintang (RCBB)
  • Nor Akmariah Abdullah Universiti Selangor (UNISEL)

DOI:

https://doi.org/10.61465/jurnalyadim.v6.374

Keywords:

kesejahteraan, pendidikan manusiawi, intervensi komuniti, ekosistem sokongan

Abstract

Isu kesihatan mental dalam kalangan masyarakat, khususnya umat Islam, semakin membimbangkan dan memerlukan pendekatan sokongan yang menyeluruh serta berteraskan nilai Islam. Dalam kerangka Malaysia MADANI, kesejahteraan insan menuntut pembangunan yang seimbang dari aspek intelek, emosi dan spiritual, selari dengan prinsip pendidikan manusiawi yang bertujuan membina karakter pelajar berilmu dan berakhlak. Artikel ini menganalisis model sokongan komuniti dalam menangani isu kesihatan mental dari perspektif Islam melalui sumbangan badan bukan kerajaan (NGO), Rahmah Support Team (RST). Kajian ini meneliti inisiatif dan gerak kerja RST sebagai pelaksana intervensi komuniti berasaskan nilai ihsan, rahmah dan empati, yang menekankan keseimbangan antara sokongan rohani, psikososial dan pendidikan. Data kajian diperoleh melalui analisis dokumen, termasuk laporan program, modul latihan, serta penilaian impak pelaksanaan intervensi dalam kalangan komuniti sekolah, universiti, serta masyarakat bandar dan luar bandar. Pemetaan nilai-nilai Islam dan prinsip MADANI terhadap objektif serta hasil program dilaksanakan menggunakan pendekatan Teori Perubahan (Theory of Change). Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengintegrasian nilai-nilai Islam dalam model sokongan komuniti bukan sahaja menyumbang kepada peningkatan daya tahan emosi dan kesejahteraan mental peserta, malah turut memperkukuh budaya empati, ihsan dan sokongan sosial dalam komuniti. Artikel ini mencadangkan penambahbaikan ke arah pengukuhan kerjasama strategik antara NGO, institusi pendidikan dan agensi kerajaan bagi membangunkan ekosistem sokongan kesihatan mental yang mampan dan berteraskan nilai Islam di Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Hasan, S.I., Abu Bakar, A., & Amer Nordin, A.S. (2023). A guide for creating impactful research. Kuala Lumpur: University Malaya Press.

Abu Bakar, Z., Surat, S. & Rahman, S. (2023). Kesihatan Mental dan Sokongan Sosial Ibu Bapa Pelajar Sekolah Menengah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8(8), e002375. https://doi.org/10.47405/mjssh.v8i8.2375

Mohammad Saipol Mohd Sukor & Nabila Azman. (2021). Hubungan Antara Burnout Dan Penglibatan Kerja Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah. Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 18(8). pp. 12-22.

Institute for Public Health. (2024). National Health and Morbidity Survey (NHMS) 2023: Non-communicable Diseases and Healthcare Demand - Key Findings. Ministry of Health Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2020). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025: Laporan Tahunan 2019. Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan (PADU).

Mohd Sukor, M. S., & Azman, N. (2021). Hubungan antara burnout dan penglibatan kerja dalam kalangan guru sekolah menengah. Special Issue: Social Issues and Challenges of The Covid Pandemic 19, 18(8), 12-22.

Reynolds, M. (2001). Education for Inclusion, Teacher Education and the Teacher Training Agency Standards. Journal of In-Service Education, 27(3), 465–476. https://doi.org/10.1080/13674580100200164

Wasitah Hj. Mohd Yusof, Ma’rof Redzuan, Zainal Madon, Mohd Rizal Mohd Sham, Asnida Abd. Hamid & Norhidayah Omar. (2016). Stres Dalam Kalangan Belia Bekerja di Malaysia. Prosiding Seminar Penyelidikan IYRES 2016

Ma’rifah, M., Alimuddin, A., & Supriandi, S. (2025). Mental Health in an Islamic Perspective: A Conceptual Analysis of Islamic Education Psychology and Its Implications for the Development of Muslim Personality. Edusoshum: Journal of Islamic Education and Social Humanities, 6(1), 231–243. https://doi.org/10.52366/edusoshum.v6i1.244

Mansor, N. R. (2020). Mengupayakan Pemikiran Aras Tinggi: Menyejahterakan Masyarakat Madani. Journal of Business and Social Development, 8(2), 77-90. DOI: 10.46754/jbsd.2020.09.008

Sadiyah, J., & Fitriyani, N. (2025). Strengthening Mental and Spiritual with Counseling Based Oo the Quran and Hadith. Al-Tazkiah Jurnal Bimbingan dan Konseling Islam, 14(01). https://doi.org/10.20414/altazkiah.v14i01.12398

United Nations Development Group (UNDG). (2017). UNDAF Companion Guidance: Theory of Change.

Published

2026-06-30

How to Cite

Nordin, F. N. M. ., Rambli, N. ., & Abdullah, N. A. (2026). SOKONGAN KOMUNITI ISLAM DALAM PEMBENTUKAN SEKOLAH SEJAHTERA BAGI MENANGANI ISU KESIHATAN MENTAL DI SEKOLAH: ANALISIS SUMBANGAN RAHMAH SUPPORT TEAM (RST): SUPPORT OF THE ISLAMIC COMMUNITY IN FORMING PROSPEROUS SCHOOLS TO ADDRESS MENTAL HEALTH ISSUES IN SCHOOLS: AN ANALYSIS OF THE RAHMAH SUPPORT TEAM (RST) CONTRIBUTIONS. International Journal of Islam and Contemporary Affairs, 6(1), 47-70. https://doi.org/10.61465/jurnalyadim.v6.374