FAKTOR PENDORONG DAN CABARAN MENYAMBUNG PENGAJIAN TINGGI DALAM KALANGAN GENERASI Z DI MALAYSIA: SATU KAJIAN RINTIS

MOTIVATING FACTORS AND CHALLENGES IN PURSUING HIGHER EDUCATION AMONG GENERATION Z IN MALAYSIA: A PILOT STUDY


  • Total Views: 316 Total Downloads: 133
  • Authors

    • Mohd Farhan Md Ariffin

    DOI:

    https://doi.org/10.61465/jurnalyadim.v6.293

    Keywords:

    Generasi Z, pendidikan tinggi, faktor pendorong, cabaran pelajar, motivasi.

    Abstract

    Era moden kini yang bercirikan teknologi pesat dan cabaran globalisasi, kecenderungan melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi dalam kalangan generasi Z menjadi topik penting dalam perbincangan pendidikan. Dalam laporan media arus perdana, dilaporkan bahawa lebih 10,000 pelajar sengaja tidak hadir ke peperiksaan akhir Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2024. Begitu juga ada hasutan daripada pempengaruh jelek yang meniupkan slogan tidak masuk universiti pun boleh kaya. Hal ini memberi gambaran tentang tenatnya nilai intelektual pemuda di Malaysia. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk meneliti persepsi pelajar terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan untuk melanjutkan pelajaran termasuklah peranan ibu bapa dan keluarga, prospek pekerjaan serta keinginan meningkatkan ilmu pengetahuan. Kajian rintis ini turut mengenal pasti cabaran yang dihadapi pelajar seperti masalah motivasi diri, pengurusan masa antara akademik dan aktiviti kokurikulum dan tuntutan adaptasi terhadap teknologi pembelajaran digital. Reka bentuk kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif melalui tinjauan soal selidik yang melibatkan sampel rintis, 30 orang pelajar sekolah menengah secara rawak di Malaysia. Hasil analisis data menunjukkan bahawa pengaruh ibu bapa merupakan faktor dominan yang mendorong pelajar menyambung pengajian, kemudian diikuti oleh peluang kerjaya dan minat untuk menambah ilmu. Cabaran utama yang dihadapi pelajar pula berkait dengan intrapersonal terutamanya pengekalan motivasi diri dan pengurusan masa. Dapatan kajian ini dapat memberi implikasi kepada Kementerian Pendidikan Tinggi dalam merangka strategi sokongan yang efektif bagi meningkatkan kecenderungan generasi Z untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

    Downloads

    Download data is not yet available.

    References

    ‘Abdul Lathif al-Ajlan, Rambu-Rambu Pemukulan dalam Pendidikan Anak, Lisaanul, Arob II/304, Bogor, Pustaka Ulil Albab, 2006, hlm:7

    Abdul Hamid Abdul Rahim, Norzaini Azman, Norhatiah Mohd Majzub. 2013. Pelajar generasi pertama sebagai sumber manusia: Motivasi dan aspirasi melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT):203-232.

    Akhsanul In’am, Noor Shah Saad & Sazelli Abdul Ghani. 2023. Pembangunan Model Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Metakognitif. Vol 2, No. 1

    Engle, J., Bormeo, A., O’Brien. (2006). Straight from the source: What works for first generation college students. Texas: The Peel Institute for the Study of Opportunity in Higher Education: 13-26.

    Hani Nazirah Mahdi, Nor Hayati Sa’at, Roslina Ismail. (2024). Antara Kerjaya dengan Melanjutkan Pengajian: Pilihan Pelajar-Pelajar di Johor Bahru.

    Johanna E. Nieuwoudt & Megan L. Pedler. 2021. Student Retention in Higher Education: Why Students Choose to Remain at University. Vol. 25 Issue 2.

    Lane Perry, Krystina R. Stoner, Lee Stoner, Daniel Wardsworth, Rachel Page & Michael A. Tarrant. 2013. The Importance of Global Citizenship to Higher Education: The Role of Short-Term Study Abroad. 3 (2): 184-189.

    Liew Ying Ying. 2023. Critical Factors for Generation Z Intention to Pursue Higher Education. Tesis Sarjana Muda, Jabatan Perniagaan Antarabangsa, Universiti Tunku Abdul Rahman, Malaysia.

    Lorenz S Neuwirth, Sveltlana Jovic & B Runi Mukherji. 2021. Reimagining Higher Education during and Post-COVID-19: Challenges and Opportunities. Vol 27(2) 141-156.

    Mc. Leod, 1989, dalam Muhibbin Syah, Psikologi Pendidikan, hlm:10.

    Michael Osborne. 2024. The Benefits of University Adult Learning. 395-409.

    Mohd Ridzuan Naemat, Mohd Nor Khairil, Mohd Radzuan Harun, Azhar Ahmad, Lokhman Hakim Osman. 2017. Faktor pendorong yang mempengaruhi keputusan malanjutkan pengajian ke institusi Pengajian Tinggi (IPT) di kalangan Staf Kerajaan dan Swasta: 59-65.

    Narcisz Kulcsar. 2020. Motivation Factors for Generation in Higher Education. Motivation- Factors-for-Generation-Z-in-Higher-Education.pdf

    Nor, M. M. M., Sukimi, M. F., & Nor, M. N. M. (2018). Kesedaran Pendidikan dan minat kerja pelajar Orang Asli suku kaum Jakun di Rompin, Pahang. Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 14(1), 72-86.

    Nur Jam’aturahmah Mohamed Nawawi. 2015. Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan pelajar ke Institusi Penganjian Tinggi: Kajian di Kuin. Sarjana, Universiti Utara Malaysia: 20-30.

    Sheron Baumann & Imke Keimer. 2023. Individual Benefits of Continuing Higher Education. The Case of a Swiss Business School. Vol. 29(2) 343-359.

    Shubham Joshi et al. 2021. Evaluating Artificial Intelligence in Education for Next Generation. https://iopscience.iop.org/article/10.1088/1742-6596/1714/1/012039/pdf

    Zainudin Abu Bakar, Fazilah Binti Tumin. Hubungan Antara Minat Pelajar Dan Sikap Ibu Bapa dengan Prestasi Matematik Terbaik Pelajar Program Sarjan Muda Sains serta Pendidikan (Matematik) dan Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik) di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia: 1-11.

    Published

    2026-06-30

    How to Cite

    Md Ariffin, M. F. (2026). FAKTOR PENDORONG DAN CABARAN MENYAMBUNG PENGAJIAN TINGGI DALAM KALANGAN GENERASI Z DI MALAYSIA: SATU KAJIAN RINTIS: MOTIVATING FACTORS AND CHALLENGES IN PURSUING HIGHER EDUCATION AMONG GENERATION Z IN MALAYSIA: A PILOT STUDY. International Journal of Islam and Contemporary Affairs, 6(1), 204-227. https://doi.org/10.61465/jurnalyadim.v6.293