INOVASI PENULISAN TAFSIR KANAK-KANAK DI ERA DIGITAL: ANALISIS TERHADAP PENDEKATAN NARATIF, VISUAL DAN INTERAKTIF DI MALAYSIA
INNOVATIONS IN CHILDREN’S QURANIC EXEGESIS WRITING IN THE DIGITAL ERA: AN ANALYSIS OF NARRATIVE, VISUAL, AND INTERACTIVE APPROACHES IN MALAYSIA
DOI:
https://doi.org/10.61465/jurnalyadim.v6.426Keywords:
Tafsir kanak-kanak, Inovasi, Pendekatan naratif, Pendekatan visual, Pendekatan interaktifAbstract
Penulisan tafsir kanak-kanak merupakan satu cabang yang masih kurang diterokai dalam disiplin tafsir al-Quran, khususnya dalam konteks Malaysia. Dalam era digital yang menyaksikan perubahan landskap penyampaian ilmu, keperluan terhadap pendekatan tafsir yang lebih komunikatif, visual dan interaktif menjadi semakin signifikan. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan menganalisis inovasi dalam penulisan tafsir kanak-kanak di Malaysia dengan memfokuskan kepada tiga pendekatan utama, iaitu naratif, visual dan interaktif. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis kandungan terhadap karya tafsir kanak-kanak terpilih yang diterbitkan di Malaysia. Dapatan kajian mengenal pasti penggunaan pendekatan naratif melalui penceritaan berasaskan al-qiṣṣah (kisah), sirah, peta cerita dan ilustrasi komik; pendekatan visual melalui ilustrasi, peta cerita, ikon dan susun atur grafik; serta pendekatan interaktif melalui aktiviti pembelajaran dan penggunaan kod QR. Analisis turut menunjukkan bahawa tahap integrasi ketiga-tiga pendekatan tersebut berbeza antara karya, dengan naratif dan visual digunakan secara lebih jelas, manakala elemen interaktif dan digital masih berfungsi sebagai komponen tambahan dalam karya tertentu. Kajian ini menyimpulkan bahawa inovasi penulisan tafsir kanak-kanak tidak terbatas kepada penyederhanaan makna ayat, tetapi turut melibatkan penyesuaian bentuk penyampaian kepada pembaca kanak-kanak. Dapatan kajian menyediakan asas konseptual ke arah pembangunan tafsir kanak-kanak yang mengintegrasikan kandungan, pedagogi dan teknologi selaras dengan keperluan pendidikan Islam dalam era digital.
Downloads
References
Afif, M. (2005a). Tafsir Quran untuk Kanak-Kanak Bergambar Surah al-Quraisy. PTS One Sdn. Bhd.
Afif, M. (2005b). Tafsir Quran untuk Kanak-Kanak Bergambar Surah al-Syams, al-Buruj, al-‘Alaq. PTS One Sdn. Bhd.
Afif, M. (2005c). Tafsir Quran untuk Kanak-Kanak Bergambar Surah al-Fil. PTS One Sdn. Bhd.
Ahmad, Z. A. S., Abu Bakar, S., Rozani, M. A. S., Baharuddin, S. N., & Ali Nuar, J. H. (2025). Sumbangan penulis Tafsir Mini Surah al-Fatihah dalam pendidikan Islam awal kanak-kanak. Al-Irsyad: Journal of Islamic and Contemporary Issues, 10(2), 1608–1625. https://doi.org/10.53840/alirsyad.v10i2.549
Al-Ghazālī, A. H. (2005). Iḥyā’ ‘ulūm al-dīn (Jil. 3). Dār al-Ma‘rifah.
Amir, U. A., & Romlie, A. A. (2020a). Tafsir mini surah al-Qadr. Telaga Biru Sdn. Bhd.
Amir, U. A., & Romlie, A. A. (2020b). Tafsir mini surah al-Fatihah. Telaga Biru Sdn. Bhd.
Amir, U. A., & Romlie, A. A. (2020c). Tafsir mini surah Quraisy. Telaga Biru Sdn. Bhd.
Egan, K. (1986). Teaching as storytelling: An alternative approach to teaching and curriculum in the elementary school. University of Chicago Press.
Fadhil, A., Sulthoni, A., & Firdausi, A. (2024). Penafsiran kisah-kisah Al-Qur’an untuk usia dini (Telaah Qasasu Al-Qur’an Al-Karim Lin-nasy’i Karya Ahmas Subhi). Bunyan al-Ulum, 1(2), 250–272. https://doi.org/10.58438/bunyanalulum.v1i2.247
Hasanah, K. (2025). Tafsir anak dalam pendidikan Islam: Analisis hermeneutika sosial Ricoeur. Khulasah Islamic Studies Journal, 7(2), 225–237. https://doi.org/10.55656/ksij.v7i2.540
Hussin, H., Ahmad, A. R., Saleh, M. H., Khosim, N., Mohd Haridi, N. H., & Yahaya, M. (2025). Peranan ibu bapa dalam melahirkan huffaz al-Quran yang cemerlang di era kecerdasan buatan (AI). Jurnal YADIM, 5(1), 127–145. https://doi.org/10.61465/jurnalyadim.v5.336
Ibn Khaldūn, M. (2005). Al-Muqaddimah. Dār al-Fikr.
Ismail, S., Mustafa, N. M., Shaharuddin, S. A., Yahaya, M., & Razali, K. S. (2023). Learning style through Fun Al-Quran digital application (Fun Q). Journal of Advanced Research in Computing and Applications, 32(1), 13–21. https://doi.org/10.37934/arca.32.1.1321
Krippendorff, K. (2004). Content analysis: An introduction to its methodology. Sage Publications.
Marzuki, I. N., Azaini, A. M., Guan, T. T., Fadhli, K. A., & Ariff, A. (2025). The exploration of interactive Islamic visual storytelling illustration through Surah Luqman. Global Journal Al-Thaqafah, 15(1), 148–164. https://doi.org/10.7187/GJAT072025-10
Mayer, R. E. (2009). Multimedia learning (2nd ed.). Cambridge University Press.
Mohd Kadri, D. S., Ismail, A., & Osman, K. (2024). Komunikasi dakwah Rasulullah SAW terhadap keluarga. Jurnal YADIM, 4(2), 1–21. https://doi.org/10.61465/jurnalyadim.v4.214
Mubarak, G. D., Nasikhin, & Mustopa. (2025). Empirical approach in learning creed and Qur’anic stories: An attempt to internalize the values therein. Al Yazidiy: Jurnal Sosial Humaniora dan Pendidikan, 7(1), 79–99. https://doi.org/10.55606/ay.v7i1.1481
Nihwan. (2024). Inovasi pembelajaran ketauhidan melalui cerita Qur’ani untuk anak usia dini. AUD Cendekia: Journal of Islamic Early Childhood Education, 4(3), 203–217. https://doi.org/10.53802/audcendekia.v4i3.598
Nofitayanti, N., & Fitri, A. (2022). Model pembelajaran kisah Qurani. Journal on Education, 4(4), 1420–1430. http://jonedu.org/index.php/joe
Piaget, J. (2000). The psychology of the child. Basic Books.
Safitri, D., & Zakaria. (2023). Pendidikan kecerdasan spiritual perspektif Al-Ghazali dan relevansinya dengan Emotional Spiritual Quotient (ESQ). Tarbawi: Jurnal Pendidikan Islam, 6(1), 78–98. https://doi.org/10.51476/tarbawi.v6i1.467
Salleh, K. A., Hamid, S. A., Yusoff, T., Salleh, R., & Anuar, N. L. A. (2025). Exploring innovative Quranic technologies in early childhood education: Trends analysis. International Journal of Modern Education, 7(26), 297–311. https://doi.org/10.35631/IJMOE.726020
Shifa, D. R., Maharani, C., & Putri, N. F. E. (2025). Pembentukan karakter anak melalui kisah-kisah Nabi dalam al-Qur’an. Mandub: Jurnal Politik, Sosial, Hukum dan Humaniora, 3(2), 108–112. https://doi.org/10.59059/mandub.v3i2.2431
Sinaga, A. I., Daulay, A. F., & Lubis, R. (2020). Story in the Qur’an and its relevance in early childhood education. Britain International of Linguistics, Arts and Education (BIoLAE) Journal, 2(2), 635–640. https://doi.org/10.33258/biolae.v2i2.279
Taufikin. (2025). Facilitating Qur’anic literacy in early childhood through Smart Hafiz “Al Qolam”. BOCAH: Borneo Early Childhood Education and Humanity Journal, 4(2), 83–95. https://doi.org/10.21093/bocah.v4i2.10523
Vygotsky, L. S. (1978). Mind in society: The development of higher psychological processes. Harvard University Press.
Yarni, M., & Ridha, M. (2022). Nilai dalam kisah al-Qur’an. Mushaf Journal: Jurnal Ilmu Al-Quran dan Hadis, 2(2), 124–133. https://lawinsight.net/index.php/MUSHAF/article/view/499
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2026 International Journal of Islam and Contemporary Affairs

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.










