https://www.e-jurnal.yadim.com.my/index.php/jurnal-yadim/issue/feed JURNAL YADIM : International Journal of Islam and Contemporary Affairs 2023-12-31T23:53:02+08:00 JURNAL YADIM jurnalyadim@yadim.com.my Open Journal Systems https://www.e-jurnal.yadim.com.my/index.php/jurnal-yadim/article/view/139 PENDEKATAN DAKWAH UNTUK KANAK-KANAK MENERUSI QASAS AL-NABIYYIN MENURUT ABU AL-HASAN ‘ALI AL-NADWI 2023-11-02T16:37:17+08:00 Mohd Shahrizal Nasir mohdshahrizal@unisza.edu.my Kamarul Shukri Mat Teh mohdshahrizal@unisza.edu.my
Usaha dakwah Islamiah perlu dilakukan mengikut pendekatan yang bersesuaian. Pendekatan dakwah untuk golongan kanak-kanak mestilah meraikan keperluan dan tahap pemikiran mereka. Usaha yang dilakukan oleh Abu al-Hasan ‘Ali al-Nadwi dalam menulis karya kisah para nabi (Qasas al-Nabiyyin) untuk kanak-kanak menyerlahkan satu pendekatan dakwah yang bersesuaian dengan golongan tersebut. Makalah ini akan merungkai pandangan al-Nadwi tentang kepentingan Qasas al-Nabiyyin sebagai satu bentuk pendekatan dakwah untuk kanak-kanak. Qasas al-Nabiyyin merupakan antara tema yang mengangkat kepentingan Sastera Kanak-Kanak Islami. Makalah ini menganalisis pandangan al-Nadwi berkaitan Qasas al-Nabiyyin dengan menggunakan kaedah analisis teks. Hasilnya, makalah ini mendapati bahawa pandangan al-Nadwi terhadap Qasas al-Nabiyyin berkait rapat dengan keperluan umat Islam memanfaatkan sumber ilmu berautoriti dalam Islam. Kandungan bahan bacaan yang menampilkan para nabi sebagai suri teladan perlu diutamakan dalam usaha membentuk keperibadian mulia bagi kanak-kanak. Justeru, Qasas al-Nabiyyin perlu diberi keutamaan dalam proses pendidikan kanak-kanak kerana ia adalah satu medium dakwah yang akan mendekatkan golongan tersebut kepada Islam.
2023-11-02T00:00:00+08:00 Copyright (c) 2023 https://www.e-jurnal.yadim.com.my/index.php/jurnal-yadim/article/view/138 PERSEDIAAN GOLONGAN HUFFAZ SEBAGAI PENDAKWAH DALAM MENERUSKAN KELESTARIAN PEMBANGUNAN ISLAM DI MALAYSIA 2023-11-02T16:26:40+08:00 Abd Hadi bin Borham abdhadi.borham@fsk.upsi.edu.my Mohamad Marzuki bin Abdul Rahim marzuqi@fsk.upsi.edu.my
Golongan huffaz merupakan golongan yang menjaga al-Quran atau lebih dikenali dengan mereka yang telah berjaya menghafaz al-Quran. Mereka sentiasa membaca dan menghafaz serta memahami isi kandungan ayat-ayat al-Quran. Allah s.w.t memberikan keistimewaan kepada seorang yang menjadi ahli al-Quran di dunia dan akhirat sebagaimana mafhum daripada hadith Nabi s.a.w bahawa al-Quran akan datang pada hari kiamat dan memberi syafaat kepada pembacanya (hadith riwayat Imam Muslim). Justeru, kajian ini bertujuan untuk menganalsis keperluan bagi golongan huffaz sebagai pendakwah. Reka bentuk kajian ini menggunakan menggunakan kaedah kualitatif dengan mengumpul data melalui kajian kepustakaan. Data yang diperolehi telah dianalisis dengan kaedah analisis kandungan (content analisys) mengikut tema persediaan sebagai pendakwah yang telah dibentuk. Hasil analisis mendapati persediaan golongan huffaz sebagai pendakwah ialah kekuatan iman, ilmu, amal soleh, berakhlak yang meliputi bersikap benar, amanah, lemah lembut, ikhlas, tawaduk, tidak bakhil, melakukan apa yang disampaikan, penampilan personaliti, dan kemahiran lisan. Implikasi kajian menunjukkan golongan huffaz perlu melengkapi diri dengan memahami dan menghayati aspek rohani yang menjadi kekuatan diri sebagai pendakwah dalam menghadapi pelbagai cabaran. Dalam masa yang sama, golongan huffaz juga perlu membina kekuatan ilmu dan kemahiran agar dakwah dapat disampaikan dengan berkesan.
2023-11-02T00:00:00+08:00 Copyright (c) 2023 https://www.e-jurnal.yadim.com.my/index.php/jurnal-yadim/article/view/98 ASAS-ASAS KESEJAHTERAAN ROHANI WANITA BERDASARKAN KITAB AS’AD IMRA’AH FI AL-‘ALAM 2023-07-28T17:27:41+08:00 Nazneen Ismail nazneen@kuis.edu.my
The role of women in Islam goes beyond just household responsibilities and encompasses spiritual, social, and economic aspects. However, these responsibilities can be challenging and impact their well-being if not managed appropriately. It is important for women to prioritize their physical and spiritual well-being. This paper explores the foundations of spiritual well-being for women based on Dr. Aid Abdullah al-Qarni's book "As’ad Imra’ah fi al-‘Alam". The study follows a qualitative research approach with a content analysis research design. Excerpts from the book were analyzed thematically to gather data. The research findings suggest that the aim of this work is to inspire women, especially those facing hardships. The study offers various methods to overcome these difficulties, including performing good deeds, engaging in beneficial activities, expressing gratitude, living a balanced life, praying to Allah SWT, finding role models in righteous women, seeking forgiveness, speaking kindly, and maintaining a calm demeanour. This study can serve as a foundation for developing a model for the spiritual well-being of women in Malaysia.

2023-11-25T00:00:00+08:00 Copyright (c) 2023 International Journal of Islam and Contemporary Affairs https://www.e-jurnal.yadim.com.my/index.php/jurnal-yadim/article/view/86 MOSQUES AS ISLAMIC RELIGIOUS SPACES DURING THE COVID-19 PANDEMIC: A DISCOURSE ON THE MALAYSIAN AND BRUNEIAN EXPERIENCES 2023-06-21T08:40:16+08:00 Aiedah Abdul Khalek aiedah.khalek@monash.edu Sri Rahayu Dollah srirahayu.dollah@unissa.edu.bn
The mosque is a distinguished institution in Islam. It has been an influential space for worship, religious, economic, social, and educational institutions, as explicated in historical and present day narratives. However, notwithstanding the spread of COVID-19 which involved multiple Movement Control Orders, the authorities have restricted the role of mosques in many countries, including Malaysia and Brunei. This paper aims to examine the changing role of the mosque as a religious space during the COVID-19 pandemic, and how the religious authorities manage the restrictions with linkages to Muslims' religious needs. The researchers specifically examine the role of the mosque during the COVID-19 pandemics and analyse the role of religious authorities in managing religious gatherings in the mosques. The research adopts a qualitative approach of library research for historical and theological viewpoints, and the analysis of policies and guidelines. The researchers present the analysis through contemporary narrative and classical Islamic teachings. The COVID-19 pandemic has brought about significant transformations in the roles and functions of mosques as places of worship, primarily in response to public health and safety concerns. These adaptations have remained aligned with the fundamental principles of Maqasid al-Shariah and the religious authorities have played a crucial role in effecting these changes.
2023-12-31T00:00:00+08:00 Copyright (c) 2023 International Journal of Islam and Contemporary Affairs https://www.e-jurnal.yadim.com.my/index.php/jurnal-yadim/article/view/67 PENGHAYATAN AKIDAH DALAM SURAH AL-FATIHAH MENURUT PENTAFSIRAN HAJI ABDUL MALIK BIN KARIM AMRULLAH (1908-1981) 2023-09-12T15:49:10+08:00 Muhammad Yusry Affandy Md Isa ustazyusryaffandy@gmail.com
Hamka selaku ulama tersohor Nusantara telah menekankan aspek akidah dalam pentafsiran Surah al-Fatihah menerusi karya tafsirnya Tafsir al-Azhar. Pentafsiran akidah dilakukan berpandukan metodologi pentafsiran tersendiri yang mencetuskan pentafsiran yang sarat dengan prinsip-prinsip khas dalam memantapkan akidah seeorang muslim. Kajian kualitatif ini berobjektif untuk menganalisis metodologi pentafsiran Surah al-Fatihah. Seterusnya kajian berperanan mengeluarkan dan menjelaskan perspektif Hamka berhubung akidah yang wajar dijadikan pedoman dalam kehidupan muslim. Kajian ini penting dalam menjelaskan bahawa pentafsiran Surah al-Fatihah sentiasa memaparkan prinsip akidah yang sahih untuk dihayati. Di samping itu, Hamka membuktikan kepercayaan akidah merupakan suatu kewajipan asasi bagi setiap individu Muslim. Kaedah kajian ini mengaplikasikan kaedah deduktif bagi mendapatkan fakta-fakta akidah di dalam pentafsiran Surah al-Fatihah. Kaedah deskriptif pula dijalankan bagi menghuraikan metodologi pentafsiran dan mewujudkan beberapa keterangan akidah di bawah pemikiran Hamka. Dapatan kajian terpenting ialah pendirian penghayatan akidah dalam Surah al-Fatihah adalah selari dengan akidah Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah. Keimanan kepada Allah S.W.T sentiasa ditekankan Hamka pada setiap ayat dan mempunyai kesamaan dengan kenyataan sebahagian kitab akidah sam ada aliran salaf atau khalaf. Hamka telah menekankan tentang kewajipan beriman kepada Allah dan nama-nama-Nya, kewajipan ber’ubudiyyah dan isti’anah dengan akidah yang sahih dan mengesa umat Islam agar selalu memohon hidayah agar menjadi golongan diterima di sisi Allah dan terselamat daripada kesesatan akidah.
2023-12-31T00:00:00+08:00 Copyright (c) 2023 International Journal of Islam and Contemporary Affairs https://www.e-jurnal.yadim.com.my/index.php/jurnal-yadim/article/view/140 SOROTAN LITERATUR PERBANDINGAN STRATEGI PENGEMBANGAN ABU SAYYAF DAN TENTERA DIRAJA SULU DI SABAH 2023-12-31T23:53:02+08:00 Muhammad Syahmi Mohd Kamil syahmikamil130@gmail.com
ABSTRACT

The emergence of the Abu Sayyaf group (ASG) and the Royal Sulu Army (RSA) is often linked to militant activities in Sabah. But behind these two militant groups there are differences and inequalities in the background of their emergence and expansion strategy in Sabah. Therefore, this study aims to highlight past studies related to the background and expansion strategies that focus on building ideas and theories that can identify the comparative relationship between the Abu Sayyaf group and the Royal Sulu Army in Sabah through the ideology, strategy and values of this militant group. Literature analysis was conducted to find justification and comparison on the importance of uncovering the expansion strategy of militant groups involving ASG and RSA in Sabah. This is a qualitative study based on content analysis methods. Highlights of this literature found that the application of this comparative study is able to find specific methods in identifying similarities and differences in the background of the emergence and development strategies involving these two militant groups in Sabah as well as enlighten the relationship between these two militant groups.

Keywords: Abu Sayyaf, Royal Sulu Army, Expansion Strategy, Sabah
2023-12-31T00:00:00+08:00 Copyright (c) 2023 International Journal of Islam and Contemporary Affairs https://www.e-jurnal.yadim.com.my/index.php/jurnal-yadim/article/view/87 MENYINGKAP PENGARUH KEROHANIAN DALAM DIET HALALAN TAYYIBAN 2023-06-21T08:54:43+08:00 Mohd Farhan Md Ariffin farhan.ariffin@ukm.edu.my
Elemen kerohanian merupakan salah satu komponen utama dalam diri manusia. Selain memenuhi keperluan jasmani, makanan juga penting untuk penjagaan rohani. Namun, elemen kerohanian ini jarang digandingkan dengan makanan dan kurang ditekankan sedangkan elemen kejiwaanlah yang membentuk tingkah laku, akhlak dan pemikiran seseorang. Justeru itu, kajian ini bertujuan membincangkan elemen kerohanian dalam implementasi halalan tayyiban serta menzahirkan hubungan antara keduanya. Kajian kualitatif ini dilaksanakan dengan mengguna pakai kaedah kepustakaan untuk pengumpulan data dan seterusnya dianalisis dengan mengaplikasi metode induktif, deduktif dan tematik. Melalui kajian ini, didapati bahawa pemakanan yang memenuhi prinsip halalan tayyiban sangat berpengaruh membentuk individu yang sejahtera khususnya dari sudut rohani. Pengambilan makanan halalan tayyiban juga mempunyai hubungan yang sangat signifikan dengan elemen kerohanian manusia sehingga mampu membentuk individu yang mempunyai jiwa tenang, sentiasa bersyukur dan sabar serta jiwa yang bersih dalam kehidupan.
2023-12-31T00:00:00+08:00 Copyright (c) 2023 International Journal of Islam and Contemporary Affairs