IHSAN PEMANGKIN KEHARMONIAN MASYARAKAT MAJMUK DALAM MEMBINA NEGARA MADANI IHSAN AS A CATALYST FOR SOCIAL HARMONY IN BUILDING A MADANI NATION
Main Article Content
Abstract
Gagasan Malaysia MADANI yang diperkenalkan oleh kerajaan menumpukan kepada keharmonian antara masyarakat berbilang agama dan kaum di Malaysia. Hubungan antara masyarakat yang berbeza agama dan etnik ini merupakan aspek penting yang perlu diberi perhatian khusus kerana dinamik interaksi antara kumpulan ini boleh berubah dan mempengaruhi negara secara keseluruhan. Gagasan Malaysia MADANI, sebagai dasar utama negara pada masa kini, juga menekankan perpaduan dan keharmonian masyarakat. Dengan enam teras iaitu Kemampanan, Kesejahteraan, Daya Cipta, Hormat, Keyakinan, dan Ihsan maka gagasan ini memberi tumpuan kepada pendekatan komprehensif dalam melakukan reformasi yang diperlukan untuk pembangunan negara. Artikel ini membincangkan penerapan dan pelaksanaan salah satu rukun MADANI, iaitu Ihsan, menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk analisis kandungan terhadap buku Membangun Negara MADANI Visi dan Kerangka Dasar Reformasi*. Kertas ini juga membahas hubungan antara konsep Ihsan dalam Islam dengan rukun Ihsan yang diperkenalkan untuk membina negara madani. Selain itu, ia turut mengkaji usaha kerajaan dalam menangani cabaran seperti prejudis, jurang antara bandar dan luar bandar, serta isu-isu yang berkaitan dengan hubungan kaum dan agama dalam rangka menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih berlandaskan nilai Ihsan. Hasil kajian menunjukkan bahawa penghayatan teras Ihsan dalam gagasan Malaysia MADANI dapat memberikan kesan positif yang besar kepada masyarakat majmuk. Pelaksanaan Ihsan memperlihatkan peningkatan keharmonian masyarakat, yang akhirnya dapat mewujudkan sebuah masyarakat bertamadun dan dipenuhi dengan nilai-nilai keihsanan.
Downloads
Article Details
References
Al-Quran Al-Karim
Abdul Aqmar Ahmad Tajudin & Hussain Yusri Zawawi. (2024). Federalisme dan Negara Bangsa: Memikirkan pembudayaan budaya politik federal dalam pembinaan kenegaraan Malaysia. Journal of Administrative Science, 21, 65–94. https://jas.uitm.edu.my/images/2024_APRIL/5.pdf
Abdullah Basmeih. (2013). Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran. ed. ke-22. Darulfikir.
Al-Baghawi, Al-Husayn ibn Mas’ud. (1988). Tafsir Al-Baghawi. Dar Taybah.
Al-Farabi, Abu Nasr Muhammad ibn Muhammad. (1995). Ara’ Ahl al-Madinah al-Fadilah wa Mudadatuha. Dar wa Maktabah al-Hilal.
Al-Fayruzabadi, Majd al-Din ibn Muhammad ibn Ya’qub. (2008). Qamus al-Muhit. Dar Al-Hadith.
Al-Qahtani, Said ibn Ali ibn Wahf. (1999). Nur al-Islam wa Zulumat al-Kufr fi Daw’ al-Kitab wa al-Sunnah. Maktabah Al-Malik Fahd Al-Wataniyyah.
Al-Tabari, Muhammad ibn Jarir. (1994). Jami’ al-Bayan ‘an Ta’wil Ay al-Qur’an. Mu’assasah al-Risalah.
Al-Tirmidhi, Abu Isa Muhammad ibn Isa. (1996). Al-Jami’ al-Kabir. Dar al-Gharb al-Islami.
Anwar Ibrahim. (2023). Membangun Negara Madani Visi dan Kerangka Dasar Reformasi. IDE Research Centre Sdn. Bhd. https://www.islam.gov.my/images/ePenerbitan/buku/2023/ogos/E-BOOK_MEMBANGUN_NEGARA_MADANI.pdf
Enizahura Abdul Aziz. (2024). Keharmonian masyarakat majmuk dalam kerangka Malaysia MADANI: Satu analisis awal. Jurnal Dunia Pengurusan, Vol. 6, No. 1, 14-22 . https://doi.org/10.55057/jdpg.2024.6.1.2
Hasan Al-Banna Mohamed, Norashikin Sahol Hamid, Elmi Baharuddin, Sayuti Ab Ghani, & Ahmad, A. (2024). Konsep ihsan pemangkin sistem pengurusan organisasi yang berkualiti dalam pembinaan negara MADANI. Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies, 33(4), 32–43. https://al-qanatir.com/aq/article/view/939
Ibn Manzur, Muhammad ibn Mukarram. (t.th.). Lisan Al-Arab. Al-Maktabah Al-Tawfiqiyyah.
IKLIN (2022). Indeks Perpaduan Nasional 2022 (IPNas 2022). Institut Kajian dan Latihan Integrasi Nasional (IKLIN). Kementerian Perpaduan Negara. https://www.perpaduan.gov.my/images/2023/document/dasar/ipnas/LAPORAN_AKHIR_IPNAS_2022_BM.pdf
Izzaty Ulya Munirah, A. A., Ahmad Irdha, M. & Zulkefli, A. (2015). Ihsan Dalam Pengurusan Organisasi Islam. Prosiding Seminar Pengurusan Islam: Ke Arah Pemantapan Ummah. Ahmad Irdha, M. & Zulkefli, A. (eds). UKM, Bangi, Selangor: Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam.
Kementerian Perpaduan Negara. (2023). Membangun Malaysia Madani Melalui Konsep Perpaduan Dalam Kepelbagaian. https://www.perpaduan.gov.my/images/2023/dasar/PerpaduanMalaysiaMadani/PerpaduanMalaysiaMadani.pdf
Laporan Kajian Isu dan Cabaran dalam Hubungan antara Penganut Agama di Malaysia. (2015). https://www.researchgate.net/profile/Fatahyah-Yahya/publication/288827698_KAJIAN_ISU_DAN_CABARAN_HUBUNGAN_ANTARA_PENGANUT_AGAMA_DI_MALAYSIA/links/5684c61608ae197583938edb/KAJIAN-ISU-DAN-CABARAN-HUBUNGAN-ANTARA-PENGANUT-AGAMA-DI-MALAYSIA.pdf
Mohd Anuar Ramli & Mohammad Aizat Jamaludin. (2011). Uruf majmuk: konsep dan amalannya dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Jurnal Fiqh, 8(1), 45–64. https://doi.org/10.2252/fiqh
Muslim, ibn al-Hajjaj, al-Naysaburi. (2006). Sahih Muslim. Dar Taybah.
Mustaniruddin, A., Afriyadi, H., & Abu Bakar, J. (2021). Indikator terciptanya masyarakat madani perspektif al-qur’an. TAJDID: Jurnal Ilmu Ushuluddin, 19(2), 164–187. https://doi.org/10.30631/tjd.v19i2.127
Nik Khusairie Jaafar & Azmi Aziz. (2023). Epistemologi masyarakat madani dan masyarakat sivil: mengenal pasti jurang penyelidikan melalui tinjauan literatur sistematik. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8(10), e002552–e002552. https://doi.org/10.47405/mjssh.v8i10.2552
Nozira Salleh & Maryam Zulaikha Ramlan (2023). Kesan penghayatan ihsan terhadap pembentukan akhlak remaja Islam. Islamiyyat, 45(2), 3–13. https://doi.org/10.17576/islamiyyat-2023-4502-01
Nur Syazwani Othman, Mahfuzah Mohammed Zabidi, Fakhrurrazi, A., & Norhapizah Mohd Burhan. (2024). Penghayatan konsep ihsan dalam pendidikan berdasarkan Kitab Ihya’ Ulumuddin. Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies, 33(3), 156–164. https://al-qanatir.com/aq/article/view/905
Omar Sarif Omal Lamin, Syahirah Suhaime & Nur Faizah Abdullah. (2023). Public awareness of the constitutional monarch among society in Kota Kinabalu, Sabah. Borneo Akademika, 7(2), 98-105. Retrieved September 1, 2024, from https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/89631/1/89631.pdf
Osman Bakar. (1997). Agama dan budaya teras masyarakat Madani. Jurnal Usuluddin, 5, 1–10. https://sare.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/3154
Riki Rahman, Maifuza Abdul Malik, & Nor Shela Saleh. (2023). Kesepaduan masyarakat majmuk di Malaysia: Antara harapan dan realiti. Human Sustainability Procedia, 3(1), 1–11. https://doi.org/10.30880/hsp.2023.03.01.001
Wan Kamal Mujani, Al Emran Ismail, Mohd Nasran Mohamad, Mohd, Hussin, H., Azmul Fahimi Kamaruzaman, Farid Mat Zin, Muhammad Razak Idris, & Salahuddin, N. (2021). Membentuk politik lestari menuju wawasan kemakmuran 2030. International Journal of Islam and Contemporary Affairs, 1(1), 55–76. https://doi.org/10.61465/jurnalyadim.v1i1.39
Zulfiani, A. (2019). Anwar Ibrahim’s political thoughts on civil society and its relevance to politics in Malaysia. International Journal on Social Science, Economics and Art, 9(3), 143–157. https://ijosea.isha.or.id/index.php/ijosea/article/download/35/33