TAHAP KETERCAPAIAN PENYELIDIKAN FATWA MENGGUNAKAN MALAYSIAN THESIS ONLINE (MYTO) DAN IMPAKNYA TERHADAP PENYELIDIKAN LANJUTAN BERKUALITI TINGGI

THE LEVEL OF FATWA RESEARCH COMPETENCY USING MALAYSIAN THESIS ONLINE (MYTO) AND ITS IMPACT ON THE OUTCOMES OF HIGH QUALITY FUTHER RESEARCH

Authors

  • Abdul Azib Hussain Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)
  • Hamidi Abdul Ghani Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)
  • Uwais Aqili Mohd Zain Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)

DOI:

https://doi.org/10.61465/jurnalyadim.v5.324

Keywords:

Malaysian Thesis Online (MyTO), Fatwa, Tahap Ketercapaian, Penyelidikan Lanjutan, CIPP

Abstract

Persidangan Perpustakaan Universiti dan Perpustakaan Negara Malaysia (PERPUN) pada tahun 2005 telah berjaya merintis keberhasilan Malaysian Thesis Online (MyTO) hasil projek usaha sama di antara 25 buah perpustakaan universiti awan dan lima buah perpustakaan universiti GLC. MyTO berfungsi menuai dan mengindeks (harvest and index) data bibliografi tesis dan disertasi yang diinput dalam repositori institusi setiap perpustakaan universiti awan dan GLC termasuk kajian berkaitan fatwa. Pun begitu literatur-literatur penyelidikan yang terdapat dalam pangkalan data ini masih belum diterokai oleh para penyelidik di institusi pengajian tinggi seoptimum mungkin. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk menilai tahap ketercapaian penyelidikan pengajian Islam secara khusus berkaitan bidang fatwa yang menggunakan data-data daripada MyTO serta menilai impaknya terhadap penghasilan penyelidikan lanjutan yang berkualiti di institusi pengajian tinggi. Kajian ini berbentuk kualitatif, menggunakan kaedah pengumpulan data secara kepustakaan dan lapangan melalui temu bual separa berstruktur. Data-data literatur diteroka terlebih dahulu secara umum dalam pangkalan data Google Scholar melalui kaedah carian menggunakan kata kunci ‘fatwa’ dan ‘pangkalan data’. Seterusnya data-data yang diperolehi dianalisis menggunakan pendekatan analisis kandungan secara bertema dan deskriptif serta kaedah penilaian berpandukan model CIPP. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap ketercapaian penyelidikan bidang fatwa menggunakan data-data MyTO masih rendah, namun ia berpotensi memberikan impak positif lagi signifikan dalam menghasilkan penyelidikan lanjutan berkualiti tinggi. Kajian lanjutan disarankan memberi tumpuan kepada penambahan hasil penerbitan penyelidikan baru yang menggunakan maklumat dalam pangkalan data MyTO seperti menambah kategori khusus berasaskan tema dan impak penerbitan bagi memperkukuhkan lagi rujukan digital seperti bidang fatwa.

 

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abd Rahman, A. R., Mohd Nadzar, F., & Sahrani, R. (2013). Pengabstrakan dan pengindeksan di Malaysia: satu tinjauan. Informika: Jurnal Peradaban Informasi dan llmu, 2, 79-94.

Abidin, M. S. Z., & Abd Latif, F. (2022). Kajian bibliometrik penerbitan mengenai al-Ghazali dalam pangkalan data Scopus. Islamiyyat, 44, 41-52.

Ahmad, F. A. (2024). Analisis bibliometrik penerbitan prestasi institusi kewangan islam dalam pangkalan data Scopus. AZKA International Journal of Zakat & Social Finance, 157-179.

__________ & Ibrahim, A. (2022). Analisis Bibliometrik Ke Atas Hisbah Dan Ombudsman Dalam Pangkalan Data Scopus. AZKA International Journal of Zakat & Social Finance, 79-94.

Creswell, J. W. (2009). Research Design: Qualitative, Quantitative, and Mixed Methods Approaches. 3rd ed. Thousand Oaks. CA: Sage Publications.

Hussain, A. A., Ghani, H. A., Zain, U. A. M., & Abdullah, M. A. (2024). Penyelidikan dan Penulisan Berkaitan Fatwa: Analisis Bibliometrik Tesis Malaysia dalam Talian (MyTO) Selama Empat Dekad: Fatwa-Related Research and Writing: A Bibliometric Analysis of Malaysian Thesis Online Over Four Decades. RABBANICA-Journal of Revealed Knowledge, 5(2), 71-92.

Khalli, M. N. M., & Halmi, M. F. A. (2023). Analisis Bibliometrik Kajian Sains Sosial Di Universiti Malaysia Sabah (Ums) Dalam Pangkalan Data Scopus Sehingga Tahun 2021. MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu Dan Bahasa (PPIB), 34(1), 1-18.

Malaysian Thesis Online, MyTO. http://myto.upm.edu.my/find/

Mohd Harifadilah Rosidi, Ahmad Wifaq Mokhtar dan Mohd Nasir Abdul Majid. (2021). Tinjauan penyelidikan fatwa di Malaysia: Kajian pangkalan data dalam talian menggunakan Scopus. Proceeding of the 8th Orang Conference on Management and Muamalah 2021 (IcoMM 2021). http://conference.kuis.edu.my/icomm/8th/images/021-092.pdf

Muizzudin Kaspol. (2024). Temu bual dengan informan pada 16 Disember 2024 di bilik Perpustakaan Universiti Putra Malaysia.

Nasir, K., Zaman, R. K., & Adnan, I. (2023). Analisis Bibliometrik Tesis dan Disertasi Tentang Ulama Hadith Dalam Kajian Pascasiswazah Di Malaysia. HADIS, 13(26), 71-85.

Nasir, M. K. M., Zaman, A. R. K., Azid, M. A. A., & Hussain, A. A. (2021). Trend kajian hadis berasaskan teknologi maklumat dan digital: Suatu sorotan literatur. Hadis, 11(22), 770-779.

P Van Dalen, Deobold. (1993). Memahami Penyelidikan Pendidikan. Terj. Abdul Fatah Abdul Malik dan Mohd Majid Konting. Ed. 3. Selangor: Universiti Pertanian Malaysia.

Portal Malaycivilization. https://malaycivilization.com.my/

Portal u-Pustaka. https://www.u-library.gov.my/portal/web/guest/home

Rowley, J. E., & Hartley, R. J. (2008). Organizing knowledge: an introduction to managing access to information. Ashgate Publishing, Ltd

Thomas Kellaghan, Daniel L. Stufflebeam dan Lori A. Wingate. (2003). International Handbook of Educational Evaluation. Dordrecht: Kluwer Academic Publishers.

Yusof, A. R. M., Hamdan, M. F., & Baharuddin, S. A. (2015). Pembangunan pangkalan data Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu: Suatu usaha memposisi dan memartabatkan Bahasa Melayu di peringkat global. Journal of Social Sciences and Humanities. Bangi: Faculty of Sosial Sciences and Humanities, UKM.

Zulkefli Mohd Yusop. (2007). Malaysia Theses Online (MyTO): An approah for managing universities electronic theses and dissertations. International Conference On Libraries (ICOL) 2007. Universiti Sains Malaysia.

Published

2025-11-08

How to Cite

Hussain, A. A. ., Abdul Ghani, H., & Mohd Zain, U. A. (2025). TAHAP KETERCAPAIAN PENYELIDIKAN FATWA MENGGUNAKAN MALAYSIAN THESIS ONLINE (MYTO) DAN IMPAKNYA TERHADAP PENYELIDIKAN LANJUTAN BERKUALITI TINGGI: THE LEVEL OF FATWA RESEARCH COMPETENCY USING MALAYSIAN THESIS ONLINE (MYTO) AND ITS IMPACT ON THE OUTCOMES OF HIGH QUALITY FUTHER RESEARCH. International Journal of Islam and Contemporary Affairs, 5(2), 106-122. https://doi.org/10.61465/jurnalyadim.v5.324